Sunday 13 March 2011

BAB ENAM : KEMEROSOTAN MELAKA

BAB ENAM : KEMEROSOTAN MELAKA 

1. Kesultanan Melayu Melaka yang diasaskan oleh Parameswara telah berkembang maju dan mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah . 

2. Walaubagaimanapun , kesultanan Melayu Melaka telah mengalami kemerosotan semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah akibat pelbagai faktor :

  • Kelemahan Kepemimpinan
  • Masalah Perpaduan
  • Kelemahan Askar Melaka
  • Kedatangan Portugis 

Kelemahan Kepemimpinan 

Selepas Bendahara Tun Perak meninggal dunia , tempatnya telah diganti olah Bendahara Tun Mutahir yang bersifat pilih kasih . Pembesar yang lain berasa iri hati dan mereka memfitnah Bendahara Tun Mutahir cuba mengatasi kekayaan Sultan Melaka . Sultan Mahmud Shah tanpa usul periksa , amat murka dan menjatuhi hukuman bunuh terhadap Tun Mutahir dan keluarganya .

Apabila Sultan Mahmud Shah menyedari kesilapannya , baginda menyerahkan pemerintahan negeri kepada puteranya , Raja Ahmad ( Sultan Ahmad Shah ) untuk menggantikannya . Sultan Ahmad Shah merupakan seorang pemerintah yang tidak cekap dan lemah . Bendahara Tun Perpatih Putih yang menggantikan Tun Mutahir pula seorang yang uzur dan tepok. Pentadbiran Melaka semakin lemah . Amalan rasuah dan fitnah-memfitnah berlaku secara berleluasa .

Sistem cukai yang sedia ada pula tidak diamalkan . Kadar cukai yang tinggi menyebabkan pedagang memilih pelabuhan lain ( Acheh , Bantam , Patani dan Brunei ) - cukainya lebih rendah.

Masalah perpaduan 

Konflik perebutan pengaruh antara Laksamana Khoja Hassan dengan Tun Mutahir . Peristiwa Raja Mendeliar yang memfitnah Tun Mutahir cuba mengatasi kekayaan sultan ini menyebabkan Sultan Mahmud Shah membunuh Tun Mutahir dan ahli keluarganya tanpa usul periksa . Kesannya rakyat berpecah belah dan tidak bersatu padu.

Kelemahan Askar Melaka 

Askar Melaka lemah dari segi : 

          a . Susunan ketenteraan , peralatannya .
          b. Ketika serangan Portugis , askar Melaka hanya menggunakan keris , panah , 
              sumpit beracun , perisai dan lain-lain .



                             keris yang digunakan oleh Melaka semasa menentang Portugis 

Senjata Portugis menembak musuh dari jarak jauh . Angkatan Perang Portugis lebih tersusun dan dipimpin oleh Alfonso de Albuqurque . Beliau dilantik oleh Raja Portugal untuk menyerang Melaka . Askarnya terlatih dan mendapat bantuan dari pengkalan di Goa , India.

                            
                             senjata yang digunakan oleh Portugis semasa menyerang Melaka 


Askar Melaka tidak mempunyai semangat mempertahankan negeri. Askar upahan ini lari apabila Portugis menyerang Melaka . Dengan ini , Melaka tewas di tangan Portugis .


Kedatangan Portugis 





Kedatangan Portugis didorong oleh slogan Gospel , Gold and Glory . Ia berkaitan dengan kegiatan penyebaran ajaran Kristian , perdagangan rempah dan kegemilangan penemuan jalan laut ke Timur . Portugis merupakan bangsa Eropah terawal yang menemui jalan laut ke Timur dan yang terawal belayar pada abad ke-15.

            * Putera Henry ( Henry The Navigator ) ialah seorang Raja Portugal mengatakan
              rakyatnya mengembara ke Timur . Beliau menubuhkan Sekolah Pelayaran
             ( Sagres )
           
            * Bartholomew Diaz tiba di Tanjung Harapan ( Cape of Golden Hope ) pada
               tahun 1488

            * Vasco da Gama tiba di Calcutta , India pada tahun 1498 .

            * Lopez de Sequeira tiba di Melaka pada 1509 .

Orang Portugis yang tewas dalam Perang Salib berdendam untuk menyebarkan agama Kristian dan menghapuskan Islam . Selain itu , Porugis juga ingan menguasai perdagangan rempah di Timur kerana rempah sangat berguna dalam masakan dan perubatan di Eropah. Permintaan tinggi ini yang dimonopoli oleh pedagang Arab dicemburui Portugis. 

Lopez de Sequeira berbaik-baik dengan Melaka atas arahan Raja Portugal . Awalnya kedatangan ini disambut baik oleh Sultan Mahmud Shah . Portugis dibenarkan berniaga dengan jaminan keselamatan . Muslihat Portugis diketahui oleh pedagang Islam dari Jawa dan Gujerat . Mereka mengkhabarkan kepada Sultan Mahmud Shah melalui Tun Mutahir . Kesemua orang Portugis ditangkap termasuk pegawai kanan rombongan , Ruy de Araujo . Lopez de Sequeira berjaya lari ke Goa , India .

Pada tahun 1510 , Raja Portugal menghantar Alfonso de Albuquerque untuk menyerang Melaka . Alfonso membuat tiga tuntutan : 

  • Tawanan Portugis dibebaskan 
  • Ganti rugi di atas serangan Melaka 
  • Memohon membina sebuah kubu Portugis di Melaka .

Ketiga-tiga tuntutan ditolak Sultan . Portugis menyerang Melaka pada 25 Julai 1511 di atas bantuan Si Kitol dan menguasai jambatan di Melaka.

Melaka menyerang balas setelah mendengar Hikayat Muhammad Ali Hanafiah . Portugis berundur dan menyerang semula pada 10 Ogos 1511 . Melaka tewas pada 24 Ogos 1511 dan ditawan keseluruhannya oleh Portugis . 

Sultan Ahmad Shah , ayahandanya serta kaum kerabatnya berundur ke Muar , Pahang dan Bentan . Di Bentan , Sultan Mahmud Shah membina sebuah kerajaan barunya selepas kemangkatan puteranya Sultan Ahmad Shah . Beliau berusaha mendapatkan Melaka melalui beberapa serangan ke atas Melaka( Portugis ) .



1 comment:

  1. CASINOS in Las Vegas - JSM Hub
    › gaming-sites 밀양 출장마사지 › las-vegas › gaming-sites › las-vegas Find Casino City 춘천 출장샵 near me and get a 150% match up to 논산 출장안마 $50 (GBP) deposit bonus. Click 세종특별자치 출장안마 to claim 순천 출장마사지 a first deposit bonus and start playing Casino City online

    ReplyDelete